0

Syair yang membuat Imam Ahmad Bin Hanbal Menangis
Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". Lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis terisak-isak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.



إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:

Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?

Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku

sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?



فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya

dan siapalah yang boleh mempertahanku?



أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku

dengan harapan-harapan dari detik ke detik

Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,

apalah yang cukup untukku



كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin

akan terus hidup dan kematian tidak akan datang



وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah

yang boleh menahannya dariku?



نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku

adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?




سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku

persembahkah di duniaku dahulu yang

boleh menyelamatkan daku



فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawabanku setelah mana aku

mengabaikan urusan agamaku?



ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar

kalam Allah yang menyeruku?



ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar

kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin



ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang

hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.



ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru

kematian yang mengajakku dan memanggilku?



فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba

yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?



سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,

Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.



أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku

Dan beratkanlah neraca timbanganku



وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau

sahajalah paling diharap kebaikannya

apabila melakukan pembalasan

Post Comment

Poskan Komentar

Tinggalkanlah Komentar yang ahsan. Buuriktum Fiih....

 
Top