0
Nama dan Nasabnya
Beliau adalah Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddits Abu Abdirrahman Muqbil bin Hadi bin Qayidah Al-Hamdany Al-Wadi’iAl-Khilaly rahimahullah.

Kelahirannya
Beliau rahimahullah dilahirkan pada tahun 1352 H di Damaj Yaman di sebuah lingkungan Zaidiyah (Salah satu sekte Syi’ah) yang bercirikan tasawuf, mu’tazilah, dan berbagai bid’ah lainnya

Pertumbuhan Ilmiahnya
Beliau rahimahullah memulai pelajarannya di Maktab di sebuah desa yang bernama Al-Wathan Damaj Yaman beberapa lama kemudian berhenti kerana tidak ada yang membiayainya belajar.
Kemudian beliau bersafar ke Riyadh Saudi Arabia dan tinggal di sana sekitar sebulan setengah. Ketika cuaca Riyadh berubah maka beliau berangkat ke Makkah. Beliau meminta petunjuk kepada sebahagian penceramah tentang kitab-kitab yang bermanfaat yang akan beliau beli, maka beliau dinasihati agar membeli kitab Shahih Bukhari, Bulughul Maram, Riyadhush Shalihin, dan Fathul Majid.

Beliau bekerja sebagai penjaga sebuah gedung di Hajun sambil menelaah kitab-kitab tersebut. Beliau sangat tertarik dengan kandungan kitab-kitab tersebut kerana amalan manusia di negerinya sangat berbeza dengan yang ada dalam kitab-kitab tersebut.

Setelah beberapa lama beliau pulang ke negerinya Yaman dan mulai mengingkari kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan kaumnya. Seperti menyembelih untuk selain Allah, meminta kepada orang-orang yang sudah mati, membangun kuburan, dan kesyirikan-kesyirikan lainnya.
Reaksi yang muncul dari kaumnya begitu keras, lebih-lebih dari orang Syi’ah yang memandang Syaikh Muqbil sudah merubah agamanya sehingga pantas dibunuh. Mereka memaksa Syaikh Muqbil untuk belajar di Masjid Jami’ Al-Hadi untuk menghilangkan syubhat-syubhatnya.
Kemudian beliau berangkat ke Najran dan tinggal di sana selama dua tahun belajar kepada Majduddin Al-Muayyid. Setelah itu berangkatlah beliau ke Makkah bekerja di waktu siang dan belajar di waktu malam.

Ketika dibuka Ma’had Al-Haram Al-Makky beliau mendaftarkan diri dan diterima sehingga beliau menyelesaikan pendidikan Mutawassithah dan Tsanawiyah. Kemudian beliau menuju ke Madinah dan masuk ke Jamiyyah Islam Madinah di Fakulti Da’wah dan Fakulti Ushuluddin.
Ketika dibuka Fakulti Pasca Sarjana di Jamiyyah Islam Madinah, Beliau mendaftarkan diri dan diterima. Risalah Masternya adalah tahqiq kitab Ilzamat dan Tatabbu’ oleh Al-Imam Daruquthni

Guru-guru beliau yang paling masyhur :
1. Syaikh Abdul Aziz As-Subail
2. Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Humaid
3. Syaikh Abdul Aziz bin Rasyid An-Najdi
4. Syaikh Muhammad bin Abdillah Ash-Shoumali
5. Syaikh Muhammad Al-Amin Al-Mishri
6. Syaikh Hammad bin Muhammad Al-Anshori
7. Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baaz; Mufti besar Kerajaan Saudi Arabia. (beliau pernah hadir mengikuti sebagian halaqoh ilmunya di Haramun Madani iaitu pada kitab Shahih Muslim)
8. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani (beliau mengambil faedah darinya pada pertemuan khusus para thalabatul ilmi dan pada kesempatan-kesempatan yang lainnya).
9. Syaikh Yahya Al-Bakistany

Dakhwahnya di Yaman
Ketika terjadi fitnah kelompok Juhaiman di Masjidil Haram, beliau rahimahullah dituduh termasuk kelompok mereka sehingga beliau dipenjara dan dihantar balik ke Yaman.
Sesampainya beliau di Yaman, beliau memulai dakhwahnya dengan mengajari Al-Qur’an kepada anak-anak di kampungnya. Beliau dengan gigih mendakwahkan dakwah salafiyah, dakwah tauhid dakwah yang haq, meskipun begitu banyak rintangan yang dihadapainya dari kelompok syi’ah, sufiyah, dan sekuler. Beliau rahimahullah mulai dakwahnya dari kampungnya yang kecil yang dikelilingi gunung-gunung tetapi cahaya dakwah beliau memancar hingga ke pelosok-pelusuk yang jauh di Yaman.

Dengan pertolongan Alloh ’Azza wa Jalla, kemudian dengan kegigihan beliau mulailah dengan manusia meninggalkan kesyirika-kesyirikan dan kemungkaran-kemungkaran yang sebelumnya merupakan kebiasaan mereka sehari-hari.

Ketika dakwah beliau mulai terdengar ke seluruh penjuru, berbondong-bondonglah manusia menuju tempat beliau untuk mengambil ilmu. Datanglah para penuntut ilmu dari daerah-daerah sekitarnya,bahkan dari luar negeri Yaman seperti Mesir, Kuwait, Haramain, Najd, Libya, Al-Jazair, Maghrib (Morocco), Turki, Britain, Indonesia, Amerika, Somalia, Belgium, dan negeri-negeri lainnya.

Keberaniannya Dalam Mengingkari Kemungkaran
Beliau rahimahullah dikenal berani di dalam mengucapkan kebenaran dan mengingkari kemungkaran. Tidak takut kepada siapa pun di dalam membela kebenaran. Siapa saya yang membaca tulisan-tulisan dan mendengarkan kaset-kaset beliau akan mengetahui hal itu.Beliau berbicara tentang bid’ah-bid’ah, kesyirikan-kesyirikan, kezaliman-kezaliman, dan kerosakan-kerosakan. Beliau memiliki banyak bantahan-bantahan kepada para pemilik kebathilan di dalam tulisan-tulisan dan kaset-kaset beliau.

Perhatian Kepada Para Penuntut Ilmu
Beliau begitu besar perhatiannya kepada para penuntut ilmu. Beliau sangat bersedih jika ada dari para murid-muridnya memerlukan sesuatu kemudian tidak mendapatkannya. Beliau pernah berkata di dalam majlisnya, ”Beban terberat yang aku hadapi yang aku rasakan lebih berat daripada menghadapi ahli bid’ah dan menulis adalah keperluan murid-murid kami”.

Keluhuran Jiwanya
Beliau rahimahullah begitu luhur jiwanya, menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak sepatutnya, menjaga diri dari meminta-minta kepada orang lain, sampai-sampai beliau merasa berat memintakan kepada para muhsinin (dermawan) untuk kepentingan para muridnya. Ketika Syaikh Abdul Aziz bin Baz mengetahui hal itu maka beliau mengirim surat kepada Syaikh Muqbil yang isinya, ”Tulislah permohonan wahai Abu Abdurrahman, engkau akan mendapatkan pahala darinya!”

Beliau melatih para muridnya kepada sifat yang agung ini. Beliau mencela dan memperingatkan dari orang-orang yang meminta-minta kepada manusia atas nama dakwah, dan ini bukan bererti beliau rahimahullah menyeru para penuntut ilmu agar meninggalkan taklimnya untuk berdagang. Maksud beliau, makan dari hasil usaha sendiri lebih baik daripada meminta-minta. Beliau rahimahullah juga berkata, ”Aku menasihatkan kepada ahli sunnah agar bersabar atas kefaikiran, karena itulah keadaan yang Allah pilihkan kepada Nabi-Nya Shollallahu ’Alayhi wa Sallam.

Kesabarannya
Beliau rahimahullah memiliki kesabaran yang sulit dicari bandingannya. Beliau begitu sabar atas berbagai penyakit yang menimpanya, bersabar atas penyakit busung air yang bertahun-tahun dideritanya. Demikian pula atas penyakit lever yang menimpanya. Merupakan hal yang menakjubkan bahwa beliau dalam keadaan sakit tidak pernah meninggalkan taklimnya. Pernah suatu saat beliau menyampaikan pelajarannya dalam keadaan tangannya diikat dengan perban ke lehernya.

Kezuhudan, Kesederhanaan, Kedermawanan, dan Wara’nya.
Beliau dikenal dengan kezuhudannya dan beliau biasakan para muridnya atas sifat yang mulia ini. Beliau sampaikan kepada mereka bahwa dengan sifat inilah mereka akan mendapatkan ilmu. Beliau sangat sederhana dalam tempat tinggal, pakaian dan makanannya.

Di antara hal yang menunjukkan kezuhudannya pada dunia, beliau wakafkan tanah beliau yang luas untuk tempat tinggal para muridnya yang sekarang ditempati sekitar 250 rumah (Darul Hadith,Dammaj).

Beliau memiliki sifat tawadhu’ yang tiada bandingannya. Jika beliau sedang berjalan kemudian dipanggil oleh seorang anak kecil maka beliau langsung berhenti, menyapanya, dan menanyakan apa yang dikehendaki. Ketika beliau di majlis taklimnya datanglah seorang anak kecil, beliau hentikan pelajarannya dan berkata anak kecil itu kepadanya, ”Aku ingin membaca sebuah hadits di mikrofon.” maka beliau dudukkan anak kecil tersebut di depannya untuk membaca hadits yang dikehendakinya.

Beliau dikenal dengan sifat wara’, tidak pernah tersisa dana dakwah disisinya kerana selalu beliau serahkan kepada yang memerlukannya.

Kegigihan Dalam Berdakwah
Beliau rahimahullah begitu gigih dalam berdakwah meskipun begitu padat kesibukannya daalam mengajar dan menulis. Beliau arahkan para muridnya dengan mengatakan, ”Janganlah kalian hanya menuntut ilmu dan meninggalkan dakwah, wajib atas kalian mendakwahkan ilmu yang kalian pelajari!”

Beliau melakukan perjalanan dakwah di kota-kota dan desa-desa Yaman, mendaki gunung-gunung dan menuruni lembah-lembah. Beliau mengalami tentangan dan rintangan dari para musuh-musuhnya seperti jama’ah Ikhwanul Muslimin, Jam’iyah Hikmah dan Ihsan, kelompok sekuler, Sufiyah, dan selain mereka, tetapi beliau tidak pernah surut dalam dakwahnya kepada Kitab dan Sunnah.

Ceramah-ceramah dakwah beliau dihadiri oleh jumlah yang sangat besar hingga di sebahagian tempat ceramah diadakan di tanah lapang kerana masjid yang ada tidak mampu memuat jumlah hadirin.

Beliau peringatkan manusia dari kesyirikan, kebid’ahan, demokrasi dan parlimen. Beliau ingatkan kaum muslimin agar tidak memberikan ketaatan dan kasih sayang kepada musuh-musuh Islam, dan meninggalkan fitnah hizbiyyah yang telah menceraiberaikan umat
.
Kegigihannya Dalam Mempelajari dan Menyampaikan Ilmu
Beliau begitu gigih di dalam mengajarkan ilmu. Satu jam sebelum Zuhur beliau mengajarkan kitabnya Shahih Musnad mimma Laisa fi Shahihain, setelah itu kitab Jami’ Shahih Musnad mimma Laisa fi Shahihain. Sesudah sholat Zuhur belia mengajarkan Tafsir Ibnu Katsir dua hari sekali berselang-seli dengan kitab Shahih Musnad min Asbabin Nuzul. Ketika kitab yang akhir ini selesai beliau gantikan dengan kitab Jami’ Shahih. Sebelum huhur beliau menelaah pelajaran di rumahnya selama 1/4 jam.

Sesudah Ashar beliau mengajarkan kitab Shahih Bukhary, dan sesudah Magrib mengajarkan Shahih Muslim dan Kitabnya Ahaditsu Mu’allah Zhahiruha Shihhah. Selesai dari kitab yang akhir ini beliau menggantinya dengan kitabnya Gharatul Fishal alal Mu’tadin ala Kutubil Ilal. Selesai dari kitab yang akhir ini beliau mengajarkan kitabnya Dzammul Mas’alah, kemudian setelah selesai diganti dengan kitab Shahih Musnad min Dalail Nubuwwah. Bersama kedua kitab ini beliau ajarkan juga kitab Mustadrak dan kitabnya Shahih Musnad fil Qadar. Demikianlah urut-urutan taklim beliau hingga beliau wafat.

Jika beliau berbicara tentang rijal maka beliau adalah pakarnya, jika beliau sedang diskusi dengan murid-muridnya dalam masalah nahwu maka seakan-akan tidak ada selain beliau yang mengetahui disiplin ilmu ini, jika beliau berbicara tentang ilal maka membuat terhenyak orang yang ada dihadapannya. Demikian juga beliau memiliki kecepatan luar biasa di dalam menghadirkan dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah.


Tulisan-tulisannya

Diantara tulisan-tulisannya adalah:
1. Shahih Musnad mimma Laisa fi Shahihain
2. Tarajim Rijal Al-Hakim fil Mustadrak
3. Tatabbu’ Auham Al-Hakim allati Sakata Alaiha Adz-Dzhaby,
4. Tarajim Rijal Sunan Daruquthni
5. Shahih Musnad min Dalail Nubuwwah
Gharatul Fishal ’alal Mu’tadin ’ala Kutubil Ilal
6. Jami’ Shahih fil Qadar
7. Sha’qatu; Zilzal Linasfi Abathil Rafdhi wal I’tizal
8. Ijabatus Sail’an Ahammil Masail, Asy-Syafa’ah
9. Riyadhul Janna fi Raddi ’ala A’dai Sunnah
10. Tuhfatul Arib ’ala As’ilatil Hadhir wal Gharib
11. Al-Makhraj minal Fitnah
12. Shahih Musnad min Asbabin Nuzul
13. Rudud Ahlil Ilmi ’ala Tha’inin fi haditsi Sihr
14. Mushara’ah. Ilhad Khomeni fi Ardhil Haramain
15. Al-Ba’its ala Syarhil Hawadits
16. Irsyad Dzawil Fathan Liib’adi Ghulati Rwafidh ’anil Yaman
17. Jami’ Shahih Musnad mimma Laisa fi Shahihain
18. Gharatul Asyrithah ’ala Ahlil Jahli wa Safsathah, Fawakih Janiyah fil Khuthab wal 19.Muhadharat Saniyah
20. Qam’ul Mu’anid wa Zajrul Haqidil Hasid
21. Majmu’atu Rasail Ilmiyah
22. Tuhfatusy Syab Rabbany
23. Fatwa fi Wihdatil Muslimin ma’al Kuffar
24. Iqamatil Burhan ala Dhalali Abdur Rahim Ath-Thahhan
25. Dibaj fi Maratsy Syaikhul Islam Abdul Aziz bin Baz
26. Hukmu Tashwir Dzawatil Arwah
27. Muqtarah fi Ajwibati As’ilatil Musthalah
28. Fadhaih wa Nashaih
29. Maqtal Syaikh Jamilurrahman, Iskatul Kalbil’Awi
30. Tahqiq Tafsir Ibnu Katsir
31. Shahih Musnad mimma Tafsir bil Ma’tsur
32. Kitab Ilzamat wa Tatabbu’ lil Imam Daruquthni dirasah wa tahqiq.


Murid Murid Beliau
Beberapa murid-murid Syaikh yang menonjol, murid-murid beliau sangat banyak sekali tidak ada yang mengetahui jumlah mereka kecuali Allah , kami sebutkan beberapa di antaranya yang menonjol dari kalangan muallifin (penulis buku), para dai-dai, dan selain mereka :

1. Syaikh Musthofa bin Ismail Abul Hasan As-Sulaimani Al-Maghribi Al Mishri
2. Syaikh Ahmad bin Ibrahim Abul Ainain Al-Mishri
3. Syaikh Musthofa ibnul Adawi Al-Mishri
4. Syaikh Usamah bin Abdul Latif Al-Kushi, penulis kitab Al-Adzan
5. Syaikh Abdullah bin Utsman Ad-Damari, beliau terkenal sebagai pemberi ceramah kalangan Ahlussunnah di Yaman
6. Syaikh Abdul Aziz bin Yahya Al-Bura'i
7. Syaikh Abdul Mushawwir bin Muhammad Al-Ba'dani
8. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Wushobi Al-Abdaly
9. Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam Abu Nashr Ar-Raimi
10. Syaikh Ahmad bin Sa'id Al-Asyhabi Al-Hajari Abul Mundzir
11. Syaikh Yahya bin Ali Al-Muri
12. Syaikh Abdur Raqib bin Ali Al-Ibbi
13. Syaikh Qasim bin Ahmad Abu Abdillah At-Taizi
14. Syaikh Jamil bin Ali Asy-Syajaâ Ash-Shobari
15. Syaikh Ali bin Abdillah Abul Hasan Asy-Syaibani
16. Syaikh Auf bin Abdillah Al-Bakkari Abu Harun
17. Syaikh Utsman bin Abdillah Al-Utmi
18. Ummu Abdillah binti Muqbil bin Hadi al-Wadi'i, penulis kitab Ash-Shahihul Musnad min Asy-Syamaili Al-Muhammadiyyah, Nashihati lin Nisa' dan yang lainnya.
19. Ummu Syu'ib isteri kedua beliau
20. Ummu Salamah isteri ketiga beliau

Wafatnya
Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat di Jeddha pada malam Ahad 1 Jumadil Awwal tahun 1422 H dalam usia sekitar 70 tahun dan dimakamkan di Perkuburan al Adl,Makkah di samping Syaikh Abdul Aziz bin Baz dan Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin. Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalan keluasan jannah-Nya.

Post Comment

Poskan Komentar

Tinggalkanlah Komentar yang ahsan. Buuriktum Fiih....

 
Top